ramai yang mengeluh bila cuaca sekarang ni terlalu panas. yelah kan, bila cuaca panas, buat apa pun mesti terasa penat dan sangat dahaga. sebenarnya, tak baik tau kita mengeluh bab-bab cuaca ni. bila hujan pun kita mengeluh jugak. bak kata orang Perak, ater ghoper mane lagi kome nak? haa kan udah keluor loghat Peghak aku. haha. hujan panas ni semua datang daripada Allah s.w.t. jadi apa sahaja yang berlaku dalam dunia ni, syukur je la. nasib kita rakyat Malaysia ni kira paling baik dalam dunia ni sebab negara kita tidak berada dalam lingkaran gempa bumi mahupun gunung berapi. cuba korang fikir, buatnya Allah turunkan bala, bagi gempa bumi ke gunung berapi ke, tak ke kita lagi terseksa, so, redha je la yer dengan ujian Allah ni. hujan or cuaca panas je pun. ni baru panas dunia. panas di sana nanti? Wallahualam. Subhanallah. tapi dalam keadaan cuaca panas yang melampau sekarang ni, ada jugak ketikanya hujan lebat selebat-lebatnya. Alhamdulillah la kan. takde la tanah kering kontang je. so, pada aku, waktu cuaca panas ni korang kurangkan la aktivit luar yang akan membuatkan peluh anda menitik-nitik. eyarkksss!! haha. duduk je kat rumah tu kalau takde hal penting kat luar. dan yang paling penting, minum air masak banyak-banyak!! haa jangan korang bedal air coke ke pepsi ke. memang takde effect la. haha. aku sekarang ni dekat 2-3 botol besar air masak jugak la aku balun. dahaga memanjang. hehe. then kalau yang suka berjalan kaki tu sebab nak save duit minyak motor atau kereta, pandai-pandai la bawak payung. jangan bawak je tapi tak pakai. kalau rasa payung sendiri tu tak cukup nak cover anda daripada panas terik matahari, pakai je la payung burger ok. haha. so, itu je la kot. sekian saja segmen tips bersama Mr. Cracko. haha. challo betteyh! ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment