Friday, March 12, 2010
Manchester United ink sponsor deal with Telekom Malaysia!!
Tahukah Anda?
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
Thursday, March 11, 2010
Congrats Syahmina Nurin and Aini Anisyah!!
Macam yang semua tau, hari ni result SPM 2009 keluar. So,tahniah diucapkan pada semua yang dapat straight A. dan yang paling penting sekali, dua orang adikku iaitu Syahmina Nurin dan jugak Aini Anisyah dapat result cemerlang! dua-dua dapat 7A. woott2!! perghhh!! korang dua ni meniru ke ha? dua-dua dapat result sama. hahaha. takdela. joking je. apa-apa pun, tahniah diucapkan kat dorang. setelah penat study siang dan malam, akhirnya dorang berjaya jugak untuk score even tak dapat straight A pun. so, congrats again adik-adikku!!
Syahmina Nurin
Aini Anisyah
Wednesday, March 10, 2010
Cameron Highlands
Sememangnya aku nak sangat bercuti sekarang ni. so, bila dah dapat peluang, apa lagi. haha. sebenarnya tak rancang pun nak pergi cameron ni semalam (9/3). anis yang ajak. so aku pun ok je la. even balik hari je, takpela. janji berjalan jugak. hehe. ingat nak ajak adik kami, si syahmina nurin tu sekali. tapi dia pulak kerja. adoyh. jadi plan pun diteruskan memandangkan kami berdua je yang free. bertolak dari ipoh kul 11 dan sampai kul 12. sampai-sampai je kitorang lepak Tea House kejap. macam biasa la si anis tu kan, bergambar sakan la dia kat ladang teh tu. nak tunjuk skill dia posing-mosing. hahaha. then tak tau nak ke mana, pergi pulak ke strawberry farm. bersebelahan dengan Federal House. layan makan strawberry yang disaluti dengan gula, whip cream dan hershey's chocolate syrup. pergghhh!! memang terbaik! sedap gila! sehingga menjilat lidi! haha. tapi benda ni tak boleh makan banyak-banyak. silap haribulan, kencing manis la jawabnya! haha. then kitorang pergi makan ayam tandoori pulak, then jalan-jalan sekitar pekan cameron tu. dalam pukul 4.45 kitorang bertolak balik ke ipoh and sampai dalam 5.20. cepat bukan? haha. dah bawak macam orang gila, mana tak cepat. sian kat anis. sampai pening-pening dia. sorry sayang. i teruja dapat jalan bengkang-bengkok ni. rasa macam nak drift je. hikhikhik. so, tengok-tengokla gambar kat bawah ni yer. ni je kenangan yang dapat kami bawak balik. ;)
muka teruja nak racing. hehe.
seronok dia dapat tengok orang petik daun teh. haha.
perempuan dan bunga ibarat irama dan lagu. haha
telan la air liur anda tu sekarang. haha. kalau tengok gambar pun nampak lazat, ni kan pulak makan benda ni. memang sedddaaaaapppp!!
alalalala comelnya dia makan stoberi! haha.
muka comel sebelum telan stoberi. haha
nauzubillah. adik-adik di rumah jangan tiru aksi si gemok ni
makan yer. tak beradab langsung!
ekspresi muka macam sakit sangat.padahal sentuh hujung jari je. haha
sayang dan bunga lagi. korang mesti hairan kan gambar aku tak banyak. gambar anis je banyak. haha. jantan beb, tak macho la tangkap gambar dengan bunga. hahahaha.
alamak, kantoi pulak. ada jugak gambar aku dengan bunga. haha
gambar kenangan bersama sebelum balik.
actually banyak lagi gambar. tapi malas nak upload. hehe. so, aku memang happy sangat masa ni. even takde buat apa sangat pun. tapi kitorang dapat spend quality time sama-sama. hehe. ok, jumpa lagi di lain entry! challo betteyh!!
Tuesday, March 9, 2010
Dear God - Avenge Sevenfold
ok, aku taw ramai yang suka lagu ni. termasuklah aku yang comel ni. hehe. lagu ni memang sedap. plus lirik dia pun memang mendalam maksud dia. aku sebenarnya tak tau nak cakap macam mana pasal lagu-lagu ni. aku bukan reti sangat bab muzik ni. apa aku rasa sedap menjadi halwa telinga, itu la yang aku pasang berulang kali kat laptop aku ni. hehe. so, korang layan je la ok. ;)
Miles away from those I love
Purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
Back where I'd love to be, oh yeah
Dear God the only thing I ask of you
Is to hold her when I'm not around
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again, oh no
Once again
There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
And all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah
Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around,
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again
Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
When hope begins to fade...
A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love
Hope is hard to find
Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around,
When I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again
cuaca panas!!
ramai yang mengeluh bila cuaca sekarang ni terlalu panas. yelah kan, bila cuaca panas, buat apa pun mesti terasa penat dan sangat dahaga. sebenarnya, tak baik tau kita mengeluh bab-bab cuaca ni. bila hujan pun kita mengeluh jugak. bak kata orang Perak, ater ghoper mane lagi kome nak? haa kan udah keluor loghat Peghak aku. haha. hujan panas ni semua datang daripada Allah s.w.t. jadi apa sahaja yang berlaku dalam dunia ni, syukur je la. nasib kita rakyat Malaysia ni kira paling baik dalam dunia ni sebab negara kita tidak berada dalam lingkaran gempa bumi mahupun gunung berapi. cuba korang fikir, buatnya Allah turunkan bala, bagi gempa bumi ke gunung berapi ke, tak ke kita lagi terseksa, so, redha je la yer dengan ujian Allah ni. hujan or cuaca panas je pun. ni baru panas dunia. panas di sana nanti? Wallahualam. Subhanallah. tapi dalam keadaan cuaca panas yang melampau sekarang ni, ada jugak ketikanya hujan lebat selebat-lebatnya. Alhamdulillah la kan. takde la tanah kering kontang je. so, pada aku, waktu cuaca panas ni korang kurangkan la aktivit luar yang akan membuatkan peluh anda menitik-nitik. eyarkksss!! haha. duduk je kat rumah tu kalau takde hal penting kat luar. dan yang paling penting, minum air masak banyak-banyak!! haa jangan korang bedal air coke ke pepsi ke. memang takde effect la. haha. aku sekarang ni dekat 2-3 botol besar air masak jugak la aku balun. dahaga memanjang. hehe. then kalau yang suka berjalan kaki tu sebab nak save duit minyak motor atau kereta, pandai-pandai la bawak payung. jangan bawak je tapi tak pakai. kalau rasa payung sendiri tu tak cukup nak cover anda daripada panas terik matahari, pakai je la payung burger ok. haha. so, itu je la kot. sekian saja segmen tips bersama Mr. Cracko. haha. challo betteyh! ;)
Monday, March 8, 2010
betul ke malaysian drivers ni kurang ajar?
sebelum korang bagi jawapan, baik korang tengok video ni dulu.
ada beran ke nak lintas jalan kalau macam ni gayanya? gila khinzir dorang ni. aku tengok pun aku seriau. main redah je mana sempat. so apa jawapan korang tuk soalan di atas?
anda kenal siapa encik lelaki?
kepada cik perempuan di luar sana, anda boleh jawab soalan di atas tak? anda kenal dengan encik lelaki? kalau betul kenal, sampai ke tahap mana yang anda kenal encik lelaki ini? jika tidak, mari kita kenali siapa sebenarnya LELAKI...
1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.
2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.
3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
6. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
7. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
8. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
9. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
10. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
11. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
12. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
13. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
sudah kenal siapa mereka? maka janganlah mengeluh jika seorang lelaki itu tidak bersikap seperti yang anda mahukan kerana itu adalah anugerah dari Allah s.w.t. ;)
holiday please!
saya mahukan holiday!! arghh! tiba-tiba rasa macam nak sangat bercuti sekarang. last holiday pun dah lama dah. masa tahun baru cina bulan lepas. oh yaa, sungguh lama bukan? haha. hati ni dah meronta-ronta sejak beberapa minit lepas. memang nak sangat bercuti. tak kira dengan siapa pun. dengan family ke, dengan anis ke, dengan geng puncalok ke. sigh. baru teringat. dah lama tak bercuti dengan ibuabah. agak bertahun jugakla. ( kali ni memang betul-betul lama ). hmm. and yeah, saya suka kan pulau. pulau pangkor dan pulau langkawi sudah ditawan, pulau pinang apetah lagi. dah macam rumah kedua. haha. dan teringin sangat nak pergi pulau tioman or pulau perhentian. mesti best punyaa!! tapi masalah utamanya adalah........
Sunday, March 7, 2010
selamat ulangtahun sayang!
bila tulis title posting ni, tiba-tiba teringat pulak lagu 'selamat ulangtahun sayang - imran ajmain'. dengan suara sengau dia tu, alamaakkk. potong betulla. hahaha. ok, posting kali ni bukan nak cakap pasal lagu imran ajmain tu ataupun suara dia, tapi pasal ulangtahun kelahiran ke-20 kekasih hati saya, iaitu Anis Zulaikha Ahmad Kamal yang jatuh pada ari ahad lepas, 28 Februari. jadi seperti biasa (memang dah biasa pun.haha) kami akan keluar bersama-sama. dan yang paling best, syahmina nurin, jazmin dan paan pun join! duduk dengan dorang kalau tak kecoh memang tak sah. hehe. even sambut biasa-biasa je, tapi kami enjoy sangat!! ok, sila tatap gambar-gambarnya sekarang. ;p
mula-mula sampai JJ je, kami terus ke sushi king
atas permintaan birthday girl. hehe.
budak comel ni saya. haha. sedap woo benda tu!
jeng jeng jeng...
haha ini la hadiah handmade dari saya.
tolonglah percaya. memang saya yang buat. haha
yeah, ni barang shopping. hehe
yang ni pulak bersama makcik-makcik yang kecoh itu. haha
yang ni kat old town. yeah, makan lagi. yang ni dengan
makcik-macik tadi.haha
dan yang ini...special gift!! edible image cake!! yeah.
dia memang suka dapat cake ni. senyum sampai
ke telinga bila tengok kek ni. haha.
ok, tu je kot gambar2 yang ada. tak banyak tangkap gambar sangat. so, apa-apa pun thanx min nurin, min toin, n paan sebab sudi join kami. memang happy sangat masa tu. terbaik ah korang! haha. dan kepada sayangku anis zulaikha, panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah. i love u so much sayang. dan buat terakhir kalinya pada tahun ini, saya ingin mengucapkan...
HAPPY 20TH BIRTHDAY
1st post!
yeah. setelah sekian lama, akhirnya saya kembali ke dunia blog. haha. dulu pernah la ada blog, tapi disebabkan lupa password, so blog itu dibiarkan terkubur begitu saja. ok, nampak sangat saya pemalas bukan? lepas-lepas ni macam mana la agaknya dengan nasib blog baru ni? hehe. tak tau kenapa tiba-tiba nak buat balik. mungkin sebab bosan dan tak tau nak buat apa dah. haha. so, WELCOME TO FALYQ FREAKO CRACKO! ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)




















